Assalamu’alaikum wr.wb.
Salam Blogger!. Pada kesempatan kali
ini saya akan mengulas tentang profesionalisme.
Apa yang ada dibenak kalian semua tentang profesionalisme?. Yup, kata
profesionalisme memang sudah tidak asing lagi ya di telinga kita semua. Menurut
‘om wiki’, profesionalisme ialah
sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana
yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional.
Sedangkan menurut KBBI, Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya.
Menurut Longman pada tahun 1987, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran
atau kualiti dari seseorang yang professional.
Bicara soal profesionalisme ada
ciri-ciri atau kritetaria yang menandakan seseorang memiliki jiwa
profesionalisme. Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme senantiasa
mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti
profesionalisme didukung oleh ciri-ciri sebagai berikut :
1.
Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.
Seseorang
yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya
sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya
kepada sesorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksud dengan
“piawai ideal” ialah suatu perangkat perilaku yang dipandang paling sempurna
dan dijadikan sebagai rujukan.
2.
Meningkatkan dan memelihara imej profesion.
Profesionalisme
yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan
memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional.
Perwujudannya dilakukan melalui berbagai-bagai cara misalnya penampilan, cara
percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan
dengan individu lainnya.
3.
Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang
dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampiannya.
4.
Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion.
Profesionalisme
ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya.
Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya
diri akan profesionnya.
Bicara mengenai profesionalisme juga identik
dengan kode etik profesional. Kode etik profesional adalah salah satu ‘alat
kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan
diri kearah yang lebih beretika. Kode etik profesional telah mengelaskan
pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau
jabatan tersebut. Kode etik ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam
menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik. Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan
kerja, kode etik dapat memandu ahli-ahli profesional mengenai keputusan yang
perlu diambil dan tingkahlaku yang seharusnya apabila berada di dalam sesuatu
keadaan.
Sumber:
http://www.pdii.lipi.go.id/profesionalisme-karyawan-pdii-lipi.html
Gambar
: google
Tidak ada komentar:
Posting Komentar